Bukan sekadar wangian, Ia adalah cermin personaliti. Dirumus khas untuk mereka yang mahu tampil memikat dan penuh keyakinan setiap hari.
Titik nadi seperti:
Belakang telinga
Pergelangan tangan
Leher
Bahagian dalam siku
Tempat ini panas semula jadi → bantu aroma tersebar dengan lebih baik.
Badan bersih & pori terbuka selepas mandi bantu serapan bau dengan lebih sempurna dan tahan lama.
Gunakan losyen tanpa bau atau vaseline di kawasan semburan – kulit yang lembap lebih "pegang" bau daripada kulit kering.
Ramai orang sembur & gosok dua belah tangan – ini sebenarnya rosakkan molekul perfume dan buat bau cepat hilang.
Tapi jangan pada pakaian berwarna terang – sesetengah perfume boleh tinggalkan kesan.
Wangian di rambut / tudung tahan lebih lama. Pastikan semburan dari jarak 15–20cm.
Elak simpan di tempat panas, lembap, atau terdedah matahari (contoh: dalam kereta). Simpan di tempat sejuk & kering supaya aroma tahan lama.
Guna perfume yang sesuai waktu (pagi, malam, kerja, keluar)
Jangan terlebih sembur – biar orang hidu, bukan sesak nafas
Cuba lapisan bau (layering) – sembur body mist → lotion → perfume
"