Syarikat


 

 

769Raudhah Training & Consultancy

 

 

PENGENALAN
769 Raudhah merupakan sebuah platform komprehensif yang berteraskan nilai-nilai Islam dalam mencipta komuniti cemerlang. Berlandaskan konsep Circle of Excellence Muslim, 769 Raudhah menjadi titik pertemuan individu dan organisasi yang ingin memperkasa Diri, Keluarga, Kerjaya, dan Perniagaan. 

Fokus kami adalah membina keseimbangan dalam kehidupan seharian berdasarkan prinsip kejayaan holistik, iaitu AL-FALAH, yang melibatkan kecemerlangan  dunia dan akhirat.

 

 

VISI
Sebarkan Manfaat, Kongsi Kebaikan Dan Satukan Ummah Dengan Ilmu.

 

MISI
    1.    Membangunkan Circle of Excellence: Membentuk komuniti Muslim yang berkongsi nilai-nilai murni untuk maju bersama dalam aspek spiritual, kerjaya, dan perniagaan.
    2.    Memperkasakan Ummah: Menyediakan peluang pembelajaran, latihan, dan pembangunan Insaniah melalui pelbagai program berstruktur seperti networking, training, product & charity.
    3.    Menyatukan Kekuatan Ummah: Menghubungkan individu dan organisasi untuk meningkatkan keberkesanan menjaga hubungan terhadap komuniti.

 

OBJEKTIF
    1.    Meningkatkan Potensi Individu: Membantu peserta memahami dan mengamalkan rahmat AL-FALAH untuk kecemerlangan diri, keluarga, kerjaya, dan perniagaan.
    2.    Menyediakan Platform Ilmu dan Perkongsian: Menyediakan peluang untuk belajar, berkongsi idea, dan membina rangkaian positif berasaskan nilai-nilai Islam.
    3.    Memupuk Semangat Keusahawanan: Melahirkan usahawan Muslim yang seimbang dan berintegriti dengan bimbingan ilmu serta sokongan komuniti di era digital.
    4.    Memupuk Kerjasama Ummah: Menyatukan usaha untuk menjana impak sosial melalui produk, latihan, dan amal kebajikan.

Platform ini adalah langkah strategik menuju kejayaan yang bukan sekadar material, tetapi juga spiritual dan berteraskan keseimbangan Islam.

 

 

Coach Nizam, nama sebenarnya Mohamad Nizam bin Hj Abdul Samar Zammi, adalah seorang pakar motivasi, jurulatih bertauliah, dan pengamal Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang terkenal di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang jurujual jalanan selepas tamat sekolah disebabkan kekangan kewangan keluarga. Dari situ, beliau membina pengalaman dalam seni jualan, yang akhirnya menjadikannya seorang “top sales” dan membawanya ke posisi pengurusan di beberapa organisasi.

Beliau juga adalah seorang Certified NLP Practitioner dan International Certified NLP Coach yang diiktiraf oleh NFNLP , Florida USA. 

Coach Nizam sering dijemput sebagai panel dan penceramah di pelbagai program televisyen seperti RTM, TV AlHijrah, dan Bernama TV, serta platform digital seperti Radio IKIM dan KLFM. Beliau juga dikenali melalui program latihan seperti Seminar Self & Business Mastery dan pelbagai bengkel pengurusan diri dan pasukan.

 

Dalam kariernya, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting seperti CEO Gofocus International Sdn Bhd dan Ketua Pengarah Latihan di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation. Beliau telah menerima anugerah The Most Successful People in Malaysia (Britishpedia, 2021) dan Outstanding Personality Awards 2022 oleh Malaysian Education & TVET dalam bidang latihan, motivasi, dan pembangunan.